Today is My Birthday

Nilah catasetum yang berkembang jua akhirnya, pokoknya masih lagi muda remaja. Clowesia kenga masih lagi belum kembang, lama betul, semua daun dah keguguran, tinggal 2 bulbs yang comel je. Biasalah catasetum, bunga pelik2, pokok dia je yang senang kita kenali.
Bunga dia atas ni seakan ada gabungan
Cycnoches maculatum dan Cycnoches
pentadactylon
Ini adalah orkid hutan yang menjadi keluarga terbaru
kami di Lot 3390. Coelogyne cumingii.
Tak tahu lagi nak letak kat kayu atau letak dalam pasu.
(dah selamat dalam pasu dah)
Farmeri ni pun dah gugur semua bunganya.
Ada 2 bulb baru yang sihat memanjang.
Kalau kita dah biasa beli pokok bunga yang jenis tumbuh bebanyak dalam satu pasu nih, pasti kita selalu buat perbandingan antara satu nurseri dengan nurseri yang lain. Contohnya, farmeri yang saya beli di atas ni harganya RM15. Bila saya jenguk nurseri lain, harganya RM35 sepasu. Pokoknya sama banyak dan pasu pun sama jenis, tak lebih RM1 beza harganya. Tapi, bila saya ke nurseri berdekatan rumah saya, harganya mencecah RM40. Memang terasa mahal sikit tetapi pasunya cantik, pokoknya pula 5 kali ganda banyak bilangannya berbanding dengan pokok yang dijual di dua nurseri terdahulu. Kalau saya jenis kaki bisnes, konfem saya beli yang RM40 ni dan pindahkan ke dalam 5-6 pasu baru dan seterusnya jual dengan harga RM20-30.
Senang kan buat duit? Hehehehehe.Saya mohon sesiapa yang tahu ID pokok nih, (pokok lily ke?) tolong kasitau saya ye. TQ.
(Minggu lepas time chatting dgn sorg member Mat Salleh dari USA dalam FB time main game Mafia Wars, kami guna Sistem Barter, tukar barang.
Lepas siap, saya taip TQ, dia tanye TQ tu ape? huhuuhhu)
Tolong ye!

1 comments:



Sean L said...

Cantik sungguh Blood Lily (Scadoxus multiflorus ssp katharinae kot?)

Post a Comment