Orkidku Tak Terjaga

Sudah lama tidak meng'update' blog ni. Nak update pun segan, banyak orkid yang baru lepas berbunga. Hanya ini saja yang tinggal. 5hb November 2011 saya kembali ke Malaysia. Baru rancang nak rawat orkid yang kurang subur dan tambah koleksi, dapat surat kena tukar ke KL pada 9hb Nov 2011. Sedih pulak baru aje jumpa isteri dan anak-anak dah kena tinggalkan mereka. Kami baru aje beli perabot dan rancang nak bina wakaf kat depan rumah, buat lantai luar baru, sambung bumbung depan rumah untuk parking dan mengecat rumah dan pagar. 17hb Nov 2011 pula dapat berita kena ke Kota Kinabalu untuk projek baru.

Sekarang hanya mak yang menjaga orkid di rumah. Orkid beliau sendiri pun dah banyak, tambah lagi orkid saya yang dah tak seberapa.