Agro Bazaar di tepi Stadium Paroi

Balik dari Labuan Jumaat 24hb Julai 2009, keesokannya sempat jugak singgah di Agro Bazaar di Paroi. mak mertua cakap banyak orkid di sana.Apa lagi, terus capai kunci kereta, Umar lak merengek nak ikut. Capai lak car seat dia ikat sebelah.
Pergi kedai Abu kat Lenggeng ni jap, belikan Umar sebotol Vitagen oren kesukaannya, terus ke nurseri di Mantin, ikut cakap Encik tangansejuk.blogspot, kat sana banyak catasetum. Saya memang selalu ke sana, tapi tak pernah nampak lak catasetum sebab tak habis pusing ladang orkid yang luas kat situ. Tulah, malu bertanya, takdelah catasetum ikut balik. Fikir2 nak terus ke Paroi, tapi Umar macam nak tidur dah, terus pusing balik ke Lenggeng, hantar dak Umar dulu. Senang sikit lalu ikut Pantai (nama je pantai, haram takde laut kek sini, heheheh).
Memang cun catasetum nih.Buat Ms. Ina, saya telah belikannya 6 anak catasetum berlainan jenis dan 6 gambar catasetum paling atas ni adalah contoh bunganya.
Lawa betul arachnis nih, tak sempat nak beli, sebab kat tangan dah penuh dengan orkid. Tak tercapai lak tangan, sempat lagi beli bantal kekabu 4 biji = RM60.
Banyak betul orkid hutan dibawa oleh tokey nurseri dari Perak nih, sempatlah sambau satu eria flavescens (nanti sy upload pokoknya dan gambar daripada buku)
Gambar bawah ni orkid yang menang medal, nak harapkan tuannya, semua dah tak larat nak bersukan, harapkan orkid jelah dapat medal. (gurau aje)
Pokok pun ada medal. camne tu? hehehehe
Butterfly pun banyak tapi takleh berterbangan atas meja nih. Berat dengan medal gamaknya.
Ni macrodinea ke ape ntahlah yang kat atas nih. kot salah eja, mintak maaf ye.
yang atas nih, tak salah dia tulis amaronica - Spesis hutan.
yang bawah ni ditulis secunda.
Coelogyne speciosa
catasetum trula
Vanda yang dapat medal nih.

Cirrhopetalum cercanthum ke?

Macam Cirrhopetalum cercanthum, nanti check. Saya tak perasan bilamasa ianya berbunga kerana orkid ni mak tolong ikat sekali dengan orkid hutan yang lain, kiranya 3 dalam 1.
Vanda ni yg kudup from the previous posting.
Phalaenopsis Violacea yang dimakan belalang, kurang asam betul! hiihihi.
Arachnis pertama berbunga selepas dialih daripada depan ke rumah ke rumah orkid.

Tanam satu pokok pisang ni pun dah boleh kasi kenyang satu kampung (gambar emel daripada rakan)

Taman Orkid Wan Noraini, Kg Geliga.

Bagi orang Terengganu khususnya yang tinggal di Kemaman yang mudah gelap mata jika terpandang orkid, pasti akan tahu di manakah lokasi nurseri ini yang hanya menjual pokok orkid sahaja. Sila jangan gatal2 mulut tanya pokok lain. Sah2 naik batang penyapu atas belakang.

Nurseri orkid ni dibuka pada tahun 1982 dan masih lagi bertahan hingga ke hari ini. Sori saya tak ambik penuh gambar tokey dia, nanti kene pelangkung dengan pasu pulak (saje je).
Saya dah berkenan dengan orkid tanah tak tahu nama nih, walau pun saya dah ada 2 anak hasil usaha rajin melawat nurseri di Paka, akhirnya tokey nurseri tersebut menghadiahkan anak pokok ini buat jagaan. Rasanya macam ada perbezaan dengan yang ini, tapi takpe, 18hb Julai 2009 saya akan sekali lagi melawat taman orkid ni di samping kalau ada rezeki, merembat habis catasetum dan psychopsis (yang berbunga sahaja ye) yang dijual tinggal tak sampai sepuluh pasu lagi....

Saya tanya makcik tokey dengan penuh santun ibarat nak menyunting bunga di laman orang. Bagai sudah tahu sekilas ikanG di air, laju je dia cakap pokok nih dah berpunya, tuannya tinggalkan di sini sebab kat rumahnya diserang ulat pemakan bunga. Hangin betullah, lambat semenet je, ade je orang potong jalan...hihihiihhi.
Lawa betul, boleh pulak satu tangkai berlainan warna.
Kat Terengganu, peminat orkid pasti akan ada orkid nih,
mungkin jenis tak reti nak stop berbunga gamaknya.
Nampak suci lagi murni je warnanya.
Spatho tak banyak kat sini, almaklumlah, biasenye orang boleh dapat free aje.
Sayang banyak orkid tak berbunga, sebab harga yang berbunga dan tidak sama je.
Wangi betul, macam ada puteri bunian kat sebelah.....huih...
Cattleya punyelah banyak, tapi cinonet aje yang berbunga.
Boleh tahan juga takde bau Cattleya nih.Sabar sabar....
Vanda mini palmer punyerlah sihat....gemuk betul...
Ni ke rupenye Oncidium sherry baby? wangi betul.Seedpot yang bagak besar.... Tokey cakap dia tak buat benih pun.
Comel betul si genit nih. Cuma kurang terserlah je berbanding jirannya yang lain.
Akhirnya makcik tokey tanya, tak nak beli kan? makcik naik dululah p smayang....

Huhuuhuhuhuh.... Malu den ni haaaa nak datang laieee.

Takpe makcik, lagi dua minggu saya datang bawak askar serang orkid mak cik nih....
insya Allah.

Powered By Blogger