Koleksi Gambar Sebelum Hujan Lebat

Alhamdulillah sudah setahun saya bekerja di Turkmenistan. Ni balik Home Leave kali keempat melepaskan rindu jumpa keluarga, isteri, Umar dan adiknya yang makin comel, Ana.


InsyaAllah kali ni saya akan bawa keluarga tinggal di Turkmenbashi, salah satu pekan kecil di Turkmenistan. Kalau ada salji musim sejuk ni, dapatlah Umar tengok salji macam abi dia awal tahun ni.....seronok x terkata.
Nanas ni adalah buah2an mewah bagi orang Turkmenistan atau Rusia. Biasanya bila dorang ke Thailand, nanas adalah buah wajib untuk dibawa pulang.
Pisang, kelapa, nanas x tumbuh kat sana.....
Makin subur berkembang biak pokok kiambang ni hasil penjagaan mak dalam kolah belaan ikan guppy.
Bunga kantan pun belum kembang masa ni, di bawah ni, gambar 3 bulan lepas.
Catasetum ni, time saya balik je, dia keluar spike.. huhuuhuh.
Bunga kertas jugak x menghampakan, asyik berbunga je sepanjang tahun..hehehe
Ni bunga, mak yang tanam.....
Orkid merpati ni pun asyik berbunga x ikut musim..
Ni pokok mak mertua yang kasi....makin kembang
Ni pun sama, asyik kudup je time tuan dia balik.Ni jgk tak malu untuk berbunga, siap ada 4 spikes lagi...
First time berbunga dulu, takde lak bau harum, tapi sekarang, antara orkid yang paling harum baunya di perkarangan rumah mak ni.
Bellina ni pun wangi, dibeli daripada Kak Juli...
Biasanya berbunga kembar, sekarang tinggal satu je.
Bunga pokok jarum tujuh yang cantik...
Delima yang dijual di bazaar Turkmenbashi, kadangkala manis, kadangkala masam.