Mencari Orkid di Turkmenistan

Baru je beberapa hari nih cakap pasal member yang akan berangkat ke oversea, posting di sana. Ingatkan bolehlah saya tolong jaga orkidnya yang tak dijual atau yang disayanginya iaitu kebanyakannya orkid hutan.
Alih2 saya sendiri pun bakal posting ke Turkmenistan. Haru2, dahlah anak dan isteri duk jauh, lepas nih berpisah pulak dengan keluarga dan orkid2ku yang tersayang....sedihnya.....
Snail moon ni kat atas pokok orkid harimau Siam nih, syok je kenduri beramai2 atas orkid yang subur nih.
Orkid di atas nih nampak subur, tapi tak berapa nak berkenan di hati. yang bawah ni saya dah booking, tunggu punya tunggu ingatkan bunga yang nak keluar, last2 anak pokok baru. hancuss.
Di bawah ni keluarga coelogyne gak kot, ni pun same kes, ingatkan spike yang naik, rupenye anak orkid jugak daaa...
Yang kat atas ni, daripada nurseri abang Ariffin di Paka,
catasetum yang tak berdaun ni lak kt mantin.
Geram je tengok, mahu dekat RM80 sepokok nih.
Racun, racun, racun....
Ni lah orkid hutan yang saya beli di agro bazaar Paroi.
bawah ni namanya dan contoh bunga.
Ini mariposa alba yang dibeli daripada Kak Tina itu hari. tengok2 bunga ni dah hilang, tak tahulah ape yang makan atau geram melihatnya. huuhuhuh. Untung ada dua spike, dah nampak bulb baru dan satu spike lagi dah bercabang, bakal ada 3 bunga satu pasu. Insya Allah.
Nampak kering-kontang je catasetum nih, nah kau, 2 spikes sekali keluar....
Lama betul bertahan bau dan bunga violacea nih.
Nilah Clowesia kenga yang jenuh menunggu bunganya berkembang, catasetum yang lain dah banyak gugur bunganya time balik dari Labuan...Sedih, tak sempat snap gambar bunganya. Yang tambah luka di hati, nama pun belum tahu lagi....
Cuuuuuuun, kan! Walau pun dua kuntum dah disunting orang...
Yang bawah ni, lagilah mengembang.
bellina ni dah keluar bunga lain dah.
ni amboinensis beli daripada Kak Tina jugak.
Brassia eterna wind yang dimakan belalang. Geram betul, hari2 datang menyinggah.
Phalaenopsis lamelligera ni pun dah keluar kudupnya. Sayang daunnya ada koyakan sikit sebab pot plastiknya yang ringan, asyik jatuh ke lantai.
Ni catasetum tak berapa nak kembang nih. Macam Ugly Duckling pulak. Takpe, kita tunggu aje bunganya berkembang, pasti mengalahkan jiran2nya yang lain.
Adiosss Seniora Seniore.

0 comments:



Post a Comment