Mencari Bunga di Turkmenistan

Inilah dua spesis bunga yang kedapatan di pesisir pantai Laut Kaspia di Kiyanli.
Buat bonzai pun cun jugak pokok nih, renek.
Inilah Laut Kaspia, kelihatan beberapa orang pekerja tempatan tengah curi tulang. Laut ni tak masin tau, rasa macam kurang garam.
Ni bunga2an yang dijual di bazaar sini. musim sejuk pun ada...Import maa!!
Pashmina ni pun dah setengah beg untuk sanak saudara.
Kebanyakan pakaian dan peralatan rumah yang dijual di bazaar ni adalah buatan China atau Turki. Kalau buatan China tu, tahu2 ajelah kualitinya. Kalau pakaian bayi daripada Turki, memang mahal.

Terkejut juga ketika mata terpandang bunga ni di bazaar Turkmenbashi. Betul2 macam bunga orkid. Nama bunga ni di sini adalah Narxis kalau tak salah saya mendengarnya disebut oleh makcik yang membelinya.
Sekarang ni saya berada di Malaysia. Esok buat majlis Aqiqah untuk baby girl saya yang dah nak masuk 4 bulan, Ana Adra Dalila. Umar dah lepas 2 tahun, dah tak layak dipanggil baby lagi. InsyaAllah Isnin ni kami sekeluarga terus ke KL daripda Terengganu, duk 3 hari kat sana, cari hotel yang selesa sikit. Melepas kami nak merasa singgah di Swiss Garden KL 3 hari 2 malam percuma....Wife saya yang tahu....
Selasa ni rancangannya nak bawak keluarga ke Aquaria dan bolehlah pusing KL dalam 3 hari ni sebelum cuti 'home leave' berakhir 29hb Mei 2010.
Huhuhu, sedihnya tinggalkan anak isteri tercinta...

Adiosss...
Paka...
Daswidaniya.

1 comments:



Unknown said...

Casino Bonus Codes - December 2021
No deposit bonus casino promotions. We recommend หาเงินออนไลน์ 2021 casino worrione.com bonus poormansguidetocasinogambling codes and promos kadangpintar for new players. We also list new 바카라사이트 casino bonuses for December 2021.

Post a Comment

Powered By Blogger