Orkid Hutan RM10

Sebenarnya aku dah ada sepasu orkid ni (gambar bawah), sahabat satu kepala mak mertuaku hadiahkan. Siap berbunga lagi, tunggu 1 'spike' lagi akan menonjolkan diri.

Yang ni aku beli dengan harga murah, penuh satu pasu. Siap tali rafia belum tanggal lagi bang! nanti hari Jumaat baru aku tukar penyangkutnya.
Terima kasih makcik Tina (orchidibuandaisyah.blogspot.com) kerana mengenalpasti ID pokok ini. Sekarang aku dah rajin menjelajah mencari sendiri IDnya.

Kali pertama sangkut di patio, paku-pakis pun tak sempat cabut lagi.
Nampak cun, yg bawah masih lagi tidur
Punyalah panjang ke bawah. Paku-pakis dah arwah dah masa ni.
Di Hutan Indonesia bebas Menempel

0 comments:



Post a Comment

Powered By Blogger