Projek Rumah Orkid

Aku baru je planning nak buat rumah orkid di tengah2 antara patio dengan bilik belakang, tengok2 adik aku, Hud dah siap pasang rumah orkid mini kat rumah. Habis pokok arachnis aku 4 pasu tu luka2 sebab akarnya melekat di konkrit pagar dan kayu cengal terputus sekali - diangkutnya dan diikat ketepi tiang rumah orkid. Geram je tengok akar yang sihat dicabul sedemikian rupa. Pokok orkid hutan yang dah nampak kudup bunga ni pun dialihnya, siap dipotong batang pokok yang disangkanya sudah mati. Tengok2 tinggal 2 batang je, tu pun selamat sebab ada daun di hujungnya, kalo tak, hancuss. Aku beli RM3 je pokok ni.
Beginilah jadinya selepas ditrim oleh Hud.
Yang ni pulak, RM5, semua tak tahu ID lagi.
Ini pun RM5. kalau di Car Boot Sale Shah Alam,
mahunya RM40 sepasu (sila abaikan pagar rumah yang belum dicat lagi tu, sebab tunggu wife duk sekali nanti next year, baru cat ikut citarasa beliau)
Yang bawah ni, hadiah dari isteri tersayang..hiihihih..
Yang bawah ni, makcik nurseri tolak RM5, asal RM15.
Mungkin bosan hari2 aku tanye hargenye. hihiihih,tak malu.
Kawasan tengah yang takde bumbungan ni, aku ingat nak pasang net hitam. Net dah ada, mak yang punyer. Tunggu duit homestay bulan lepas masuk, baru beli 'cable tie' dan batang paip besi buat bumbung.
Brassavola David Sander (corrective action by kak tina)
Catasetum 4 beradik lain keturunan
Vanda oren hadiah pertama dari omak den. Ada anak sekali tu.
Renanthera Imschootiana
Cattleya jingga yang sungguh mendebarkan hati - belum tahu asal-usul nama. Ada lagi kudup bunga yang bakal berkembang.
Coelogyne rochussenii - kawan mak mertua hadiahkan. Ada lagi orkid lain tu kat rumah beliau. Tengah tunggu giliran 'relocate' dari Lenggeng ke Paka. Nanti aku hadiahkan makcik ni lily kaler peach yang melambak dan meliar suburnya dirumah mak.
Semalam Manager sebelah opis ajak p rumah, tunjuk2 pokok palma dan bonsainya yang cun. dia cakap, kalo kontraknya tak disambung, maka akulah orangnya yang layak untuk menjaga beberapa pokok yang tak mampu untuk beliau bawa bersama time pindah nanti. dia cakap aku The Chosen One since dia terserempak aku kat nurseri dekat rumah tu, menunjukkan bahawa aku seorang yang menyayangi fauna sepertinya juga. heheheeh. Rezeki jangan ditolak, nak2 yg datang tanpa dicari....Alhamdulillah...

2 comments:



Unknown said...

kamarul,
itu bukan lily cattleya , tetapi Brassavola David Sander.

Ahmadkmz said...

tqvm. kt nurseri atas pada Simpang Pertang menghala ke Batu Kikir, ada jualan penghabisan stok, RM5 sepasu....
pasu kt sana satu kali ganda murah drpd pasu di Paka.

Post a Comment

Powered By Blogger