Orkid di Rumah Bonda

Pokok orkid merpati ni berasal daripada atas pokok jambu jiran depan rumah. Mak ambil dan ikat di batang pokok pinang, awal tahun dah berbunga, tak sempat nak snap gambar sebab tahan 2 hari je bunganya. Kudupnya pun tak nampak, tiba2 je keluar bunga.Orkid Merpati - Dendrobium crumenatum
Ahad lepas berbunga lagi, ingatkan berbunga setahun sekali. tapi bunganya tetap bertahan 2 hari jugak. tapi kali ni, sempatlah snap 2-3 kali. Yang bestnya, mak dah alihkan ke perdu 3 pokok yang berlainan dan semuanya berbunga, termasuklah induk kat atas pokok jambu jiran. Macam berlumba lak berbunga.
Subhanallah. Suka tengok bunganya yang bergantung, begitu unik dan ergonomik sekali tangkainya. Bayangkan bunga bentuk kotak2, tentu takde orang nak kumpul buat koleksi.Saya suka orkid ni sebab kita tak perlu letakkan hidung kita dekat bunganya untuk menikmati haruman aslinya, cuma lalu aje di sebelahnya, pasti baunya melekat celah hidung. nanti mintak dengan mak bila rumah orkid sebelah patio dah siap, bolehlah ikat di tiang kayu rumah. Mungkin tahun depan baru berbunga kembali. Saja nak tunjuk pokok betik ni mengelak wayar letrik depan rumah
Heliconia. There are 40++ different species of Heliconia. Kalau tanya Lebai Google, spesis ni ada pertalian jugak dengan pokok pisang. Omputeh panggil 'lobster claws'. Orang kulit hitam lak panggil 'parrot flowers'. Hihihihihi.. Ontah apo2 ontah...
Catasetum (Clowesia Kenga) di atas sedang menumpang di pondok orkid mak.
orkid hutan yang wangi baunya.
bunga kuning ni yang selalu berbunga tak kira masa.
Catasetum hadiah Kamariah buat mak, dah nampak bulb baru mula kelihatan, 2 bulan togel menempuh hibernasi kot. hihiihi.My Angraecum sesquipedale pun turut menumpang di rumah orkid mak.

0 comments:



Post a Comment