Bagi pencinta orkid, mereka pastinya akan jatuh cinta berkali-kali dengan pelbagai jenis spesis dan hibrid ini. Begitu juga saya. tapi cornu cervi selalunya membuatkan saya jatuh berkali-kali kepadanya sahaja. (Sila jangan samakan cinta untuk isteri dan anak ye!)
Semua pokok orkid saya dah berpindah sementara ke rumah mak. Makan masa setahun-setahun setengah jugaklah. Ada jugak yang baru keluar tunas bunga, tapi layu akhirnya. Sekarang ni pun hujan turun mencurah-mencurah, ada yang galak berbunga, dan ada yang mati daunnya, sebab kebanyakannya gantung kat pokok belimbing atau telinga monyet.
Orkid yang kat bawah ni adalah koleksi terpanjang spike bunganya, dalam 1.5meter. Nak keluar bunga, punyalah lambat, dan hanya orang yang terpilih saja boleh hidu baunya yang harum.
Panjang ni, susah nak ambik gambar penuh.Nampak cun je bunga yang terselit celah daun arachnis ni. Teka, bunga apakah itu?
25hb ni saya akan bertolak ke Turkmenistan, sama tarikh sambut menantu mertua saya di Lenggeng. Snow gloves je yang belum beli lagi, sebab last time ke Jusco Seremban, takde saiz...hehehehe.
1 comments:
Very unique and pretty orchids as always. Have a wonderful long weekend!
Post a Comment