Tak sabar rasanya untuk berkumpul satu keluarga di hari raya yang bakal menjelang. Sejak kahwin 3 tahun, 3 bulan dan 9 hari yang lepas (bersamaan 1,195 hari), isteri dan anak saya tak pernah merasa beraya puasa di N9 atau Pahang. Kami akan beraya di Terengganu. Mak mertua saya pun dah sayu sebab tak pernah beraya dengan cucu sulungnya. Saya bagitahu isteri yang tahun depan, insya Allah mereka boleh beraya bersama. Yelah, saya dah berada di Turkmenistan, tu pun kalau saya tak bawak keluarga raya di sana.
Mungkin ada orang cakap saya ni suami yang kejam. Heheheheh. Mungkin mereka tak faham bahawa isteri dan anak saya tinggal dengan mertua saya di N9. Saya pulak tinggal dengan mak ayah saya di Terengganu.
Memang saya dah beli rumah di Paka, tetapi tak syiok duk rumah sorang diri. Lagi pun, nilah 'first time' kami beraya di rumah kami sendiri. Tambahan pula, mak ayah saya jarang sekali berjumpa dengan cucunya. Maka terpaksalah isteri saya berkorban.
Ramai bertanya kenapa saya tak bawa keluarga sekali. Isteri saya tengah mengandung sekarang ni, dijangka akhir Januari 2010, kami akan menyambut anak kedua, insya Allah 'baby girl' pulak.
Nama pun belum cari lagi. Bila anak dah besar sikit, dan saya pulak merasakan suasana di Turkmenistan tu sesuai untuk keluarga, barulah saya akan bawa mereka ke sana. Jika tidak, biarlah saya sorang kat sinun.
Laptop saya baru je rosak, 'hardisk undetected'. Kalau tak rosak 'hard disk', mungkin 'mother board' yang rosak.
Jika hard disk yang 'kong', mampuih!! banyak program, kerja rumah, kerja pejabat, kerja time kt UiTM dulu, gambar, video, lelagu, semua sekali hancuuus. Tak sempat buat 'backup'. Kalau motherboard kong, baik beli laptop baru.... ehehehheheehe.
Kepada pelayar sesarang yang beragama Islam, saya ucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan dan menyambut Raya dengan penuh kemanisan iman!
Saya, isteri dan anak memohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa.
Salam Ramadhan.
Semoga berjumpa lagi.
Insya Allah.
(Gambar orkid hanya selingan saja buat kali ini,
jika berminat, sila bertanya tanpa segan)
Saya, isteri dan anak memohon maaf jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa.
Salam Ramadhan.
Semoga berjumpa lagi.
Insya Allah.
(Gambar orkid hanya selingan saja buat kali ini,
jika berminat, sila bertanya tanpa segan)
0 comments:
Post a Comment