Showing posts with label Cymbidium finlaysonianum. Show all posts
Showing posts with label Cymbidium finlaysonianum. Show all posts

Orkid di Telapak Tangan

Macam best lagi gempak je tajuknya.
My wife cakap tangan hubbynya yang besar gemalai menghilang dan memudarkan seni kecantikan bunga, layan jelah..huuhuhuh
Lepas tengok bunganya yang cantik di rumah Kak Tina hadiah daripada suaminya tercinta dan lihat betapa panjang tangkainya melebihi 1.8 meter di blog orchidmama.
Akhirnya orkid ni merasa gak jadi anggota keluarga terbaru rumah Nombor 8.
Bilelah nak berkembang si kudup nih.
Sila abaikan jari-jemari yang cukup makan nih.
Macam mana hati tak tertawan, terus BP jatuh dek ketenangan hati.
Syukur Alhamdulillah.
Menyengat betullah bellina dibeli dari Kak Tina.
Unikkan pokoknya? Macam malu2 gitu.
Nampak menyelerakan pulak time malam.
Nyum Nyum kata anak lelaki saya, Ahmad Umar Tufail.
Macam mahal je...dua kuntum tetapi berlainan warna. cunnn!
Ini bukan orkid nih.
Hippeastrum Roseum - First time berbunga di rumahku. Saya tanam depan pagar rumah. Diambil dari rumah mak. Kiranya koleksi pertama lily. Namanya kudapat daripada amaryllisgarden.blogspot.com
Terima kasih tak terhingga buat kak Shida, penunjuk arah ke blog tersebut. Sambal Johnny's. Rindu pulak makan kat sana.
Kalau rasa nak menu arab, baik singgah sebentar di blog sepupu saya nih:
http://blograntau.blogspot.com
tengah kenduri gamaknya.
Alhamdulillah.

Mari Berpeksah

Setelah berbulan, nyaris2 bertahun menunggu, akhirnya ada juga sahabat yang berani menyahut cabaran ceplos kami untuk lunch di Bangkok (cabaran sesama sendiri nih). Semoga rezeki sahabat baik aku, Nik yang suka belanja para sahabatnya yang lain, CheSol, Abe Ja, Palee dan aku dimurahkan rezeki oleh Allah hendaknya. Nanti dapat bonus, giliran aku pulak belanja peksah.
Beginilah rupa masakan Thai yang dinamakan peksah. (sori ler senduk dan sudu menghalang pemandangan yang menggiurkan nih) Ramai member x-smkj selalu dengar cerita kami yang selalu berpeksah di Kerteh ni, tapi tak tahu apa itu peksah. oleh kerana ada permintaan hangat daripada Madi di KL, nazir di Nilai, Ayub di JB, maka di sini aku tunjukkan rupenye peksah yang selalu mengganggu mimpi kami di sini. (First time diperkenalkan dengan peksah time cheSol belanja - time tu CheSol baru bertukar kerja dari Gebeng ke Kerteh)
Ikan siakap peksah.
Sambal peksah yang membangkitkan nafsu
Hasil kerja keras tanpa jemu

Balik rumah tengok pokok keladi bunting dalam kolam berbunga. tak pernah aku tengok bunganya.
Ni orkid hutan yang dijual oleh orang asli dekat simpang nak masuk ke Tasik Chini dari Muadzam Shah. RM5 je. Kelihatan kelopaknya kiri kanan macam dah kene curik.
(dah tahu namanya - Bulbophyllum macranthum, tqvm abiom)
Upah untuk Hud yang rajin membantu siram pokok time aku outstation, ketam nipah.
Cymbidium finlaysonianum
Dah bertukar jadi biji benih ke ni?

Orkid Hutan RM10

Sebenarnya aku dah ada sepasu orkid ni (gambar bawah), sahabat satu kepala mak mertuaku hadiahkan. Siap berbunga lagi, tunggu 1 'spike' lagi akan menonjolkan diri.

Yang ni aku beli dengan harga murah, penuh satu pasu. Siap tali rafia belum tanggal lagi bang! nanti hari Jumaat baru aku tukar penyangkutnya.
Terima kasih makcik Tina (orchidibuandaisyah.blogspot.com) kerana mengenalpasti ID pokok ini. Sekarang aku dah rajin menjelajah mencari sendiri IDnya.

Kali pertama sangkut di patio, paku-pakis pun tak sempat cabut lagi.
Nampak cun, yg bawah masih lagi tidur
Punyalah panjang ke bawah. Paku-pakis dah arwah dah masa ni.
Di Hutan Indonesia bebas Menempel

Powered By Blogger