Mari Berpeksah

Setelah berbulan, nyaris2 bertahun menunggu, akhirnya ada juga sahabat yang berani menyahut cabaran ceplos kami untuk lunch di Bangkok (cabaran sesama sendiri nih). Semoga rezeki sahabat baik aku, Nik yang suka belanja para sahabatnya yang lain, CheSol, Abe Ja, Palee dan aku dimurahkan rezeki oleh Allah hendaknya. Nanti dapat bonus, giliran aku pulak belanja peksah.
Beginilah rupa masakan Thai yang dinamakan peksah. (sori ler senduk dan sudu menghalang pemandangan yang menggiurkan nih) Ramai member x-smkj selalu dengar cerita kami yang selalu berpeksah di Kerteh ni, tapi tak tahu apa itu peksah. oleh kerana ada permintaan hangat daripada Madi di KL, nazir di Nilai, Ayub di JB, maka di sini aku tunjukkan rupenye peksah yang selalu mengganggu mimpi kami di sini. (First time diperkenalkan dengan peksah time cheSol belanja - time tu CheSol baru bertukar kerja dari Gebeng ke Kerteh)
Ikan siakap peksah.
Sambal peksah yang membangkitkan nafsu
Hasil kerja keras tanpa jemu

Balik rumah tengok pokok keladi bunting dalam kolam berbunga. tak pernah aku tengok bunganya.
Ni orkid hutan yang dijual oleh orang asli dekat simpang nak masuk ke Tasik Chini dari Muadzam Shah. RM5 je. Kelihatan kelopaknya kiri kanan macam dah kene curik.
(dah tahu namanya - Bulbophyllum macranthum, tqvm abiom)
Upah untuk Hud yang rajin membantu siram pokok time aku outstation, ketam nipah.
Cymbidium finlaysonianum
Dah bertukar jadi biji benih ke ni?

0 comments:



Post a Comment

Powered By Blogger