Showing posts with label Vanda mini palmer. Show all posts
Showing posts with label Vanda mini palmer. Show all posts

Taman Orkid Wan Noraini, Kg Geliga.

Bagi orang Terengganu khususnya yang tinggal di Kemaman yang mudah gelap mata jika terpandang orkid, pasti akan tahu di manakah lokasi nurseri ini yang hanya menjual pokok orkid sahaja. Sila jangan gatal2 mulut tanya pokok lain. Sah2 naik batang penyapu atas belakang.

Nurseri orkid ni dibuka pada tahun 1982 dan masih lagi bertahan hingga ke hari ini. Sori saya tak ambik penuh gambar tokey dia, nanti kene pelangkung dengan pasu pulak (saje je).
Saya dah berkenan dengan orkid tanah tak tahu nama nih, walau pun saya dah ada 2 anak hasil usaha rajin melawat nurseri di Paka, akhirnya tokey nurseri tersebut menghadiahkan anak pokok ini buat jagaan. Rasanya macam ada perbezaan dengan yang ini, tapi takpe, 18hb Julai 2009 saya akan sekali lagi melawat taman orkid ni di samping kalau ada rezeki, merembat habis catasetum dan psychopsis (yang berbunga sahaja ye) yang dijual tinggal tak sampai sepuluh pasu lagi....

Saya tanya makcik tokey dengan penuh santun ibarat nak menyunting bunga di laman orang. Bagai sudah tahu sekilas ikanG di air, laju je dia cakap pokok nih dah berpunya, tuannya tinggalkan di sini sebab kat rumahnya diserang ulat pemakan bunga. Hangin betullah, lambat semenet je, ade je orang potong jalan...hihihiihhi.
Lawa betul, boleh pulak satu tangkai berlainan warna.
Kat Terengganu, peminat orkid pasti akan ada orkid nih,
mungkin jenis tak reti nak stop berbunga gamaknya.
Nampak suci lagi murni je warnanya.
Spatho tak banyak kat sini, almaklumlah, biasenye orang boleh dapat free aje.
Sayang banyak orkid tak berbunga, sebab harga yang berbunga dan tidak sama je.
Wangi betul, macam ada puteri bunian kat sebelah.....huih...
Cattleya punyelah banyak, tapi cinonet aje yang berbunga.
Boleh tahan juga takde bau Cattleya nih.Sabar sabar....
Vanda mini palmer punyerlah sihat....gemuk betul...
Ni ke rupenye Oncidium sherry baby? wangi betul.Seedpot yang bagak besar.... Tokey cakap dia tak buat benih pun.
Comel betul si genit nih. Cuma kurang terserlah je berbanding jirannya yang lain.
Akhirnya makcik tokey tanya, tak nak beli kan? makcik naik dululah p smayang....

Huhuuhuhuhuh.... Malu den ni haaaa nak datang laieee.

Takpe makcik, lagi dua minggu saya datang bawak askar serang orkid mak cik nih....
insya Allah.

Umar 1st Time Walkabout

Khamis, 28hb Mei 2009, Umar merentas Dataran Merdeka.
Tak sabar nampak, sapa nak tekan minyak nih?
Bersempena ulangtahun ketiga perkahwinan aku, maka Umar tanpa segan silu ikut serta pada 29hb Mei 2009 lepas mengikut mama dan abinya ke KL Bird Park dan seterusnya ke Orchird Park untuk Program Walkabout kami. Sampai di sana, Umar masih lagi terlena di bahu abinya, mungkin tengah kumpul stamina lepas 2 jam berenang di kolam renang Legend KL Abi pun dah 'cramp' kaki, kolam 10 kaki dalam bang, mahu tak lenguh, kalo 5-6 kaki, boleh gak jalan2 dalam air.
Tertidur dari Legend sehinggalah masuk dalam taman burung, barulah bukak mata, dikejutkan kicauan burung kakak tua yang diberi makanan kuaci yang berharga RM2 oleh para pelancong dari Qatar.
Mana entah burung cenderawasih, tinggal 3 ekor je.
Semua dah tak cun, siap main atas simen lagi.
Burung faveret aku, maskot Viewsonic
Umar ondewey usha kakak jual kraftangan
atas - Dendrobium Fire Coral,
bawah - Vanda mini palmer (2-2 beli anak)
mampu ambik gambar je, lepas tu beli anak pelbagai jenis anak Catasetum dan orkid lain seperti gambar di atas. Aku kalau jumpa Catasetum ni, terus jadi kurang berhemah dan hilang pertimbangan. mahunya 5 jenis aku sambar, cuma satu je yang dah berbunga. pokai pakcik!
Macam bunga plastik, sambar satu!
Akhirnya, my wife belikan paphs untuk suami tercinta sempena ulangtahun ketiga.
First time dia hadiahkan orkid. Alhamdulillah!
Omputeh panggil slipper orchid, apa sebabnya aku tak tahulah.
Umar tengah memilih pokok orkid

Powered By Blogger