1hb Ogos 2009, Hari Pertama Floria Putrajaya. kami anak-beranak bersiap untuk terus ke Putrajaya. Kami pergi dengan tujuan untuk melihat orkid2 yang dipamerkan di sana, bukan untuk membeli orkid ye, sebab kami dah stop beli sebab saya mungkin akan diposting ke oversea dalam tempoh sebulan nih.
Punyalah susah nak ambik gambar Umar tanpa dia bergerak.
Punyalah susah nak ambik gambar Umar tanpa dia bergerak.
Akhirnya, 2 keping ni aje gambar dia yang boleh upload untuk tatapan keluarga dan rakan2.
Sila ambil perhatian, gambar bunga matahari yang telah gugur tu bukan hasil kerja tangan Umar ye..hehehehehe!!q
Subhanallah, cantiknya bunga beraneka warna yang dijadikan hiasan tiang seri utama nih.Berapa jamlah tukang bunga ni ambil masa untuk buat susunan nih.maaf ye, yang ni dah ada budak pompuan mana ntah rosakkan susunan bunga nih.Badak kecik, badak kecik, di mana badak besar...Umar bertanya.
Setelah berpenat-lelah berjalan, akhirnya sampai bahagian orkid. Tapi tak sehebat pameran dan jualan orkid di Agro Bazaar Paroi. Rasa tak berbaloi pulak kena sekatan Polis yang saja je buat road block di Kajang tadi. heheheeh. Demi baja Cap X keluaran B'Green, sanggup saja merentasi road block dan apa jua halangan.
Akhirnya tiba di gerai tuanpunya orkidla.blogspot.com iaitu Master Saiful. Sempat jugak rembat baja Cap X yang hangat diperkatakan tu.
Bulbophyllum Phalaenopsis, Punyerlah sayang tuannya, sampai tak bagi kena panas, kalo anak berjemur tengah panas seharian pun, tak diherannya. (gurau aje master!)
Berkenan gak tengok anak bilbo Phal ni, tapi my wife dah menjeling tajam. Hanya belikan anak My wife pun dah pening2 lalat sebab panas, kami pun terus menuju puncak ke galeri makan!!
Lepas pekena Nasi Ayam RM4, my wife lak order Soto yang supnya memang sedap tahap world RM4, dan pelbagai jenis minuman seperti Cat Eye Juice Rm1.50, jus Batang Tebu RM1.50, 100 Plus RM1.50, Ice Lemon Tea RM1.50, Sky Juice RM1, Air Bandung RM1.50, Cappuccino Blended RM3.50, ABC dan Cendol RM2 setiap satu. (saja je nak kasi panjang).
Memang korang takkan percaya, tapi gitulah kami tiga beranak minum, terutamanya saya, hehehehe...! (Cappuccino blended tu Umar yang punyer, jenis kacang bercitarasa tinggi gak tu).
Balik rumah, tahu ajelah camner perut memulas dengan air campuran tu, tak termasuk Milo Ais bungkus kongsi tiga beranak pagi tadi lagi.
Memang korang takkan percaya, tapi gitulah kami tiga beranak minum, terutamanya saya, hehehehe...! (Cappuccino blended tu Umar yang punyer, jenis kacang bercitarasa tinggi gak tu).
Balik rumah, tahu ajelah camner perut memulas dengan air campuran tu, tak termasuk Milo Ais bungkus kongsi tiga beranak pagi tadi lagi.
0 comments:
Post a Comment