Namanya pun dah seakan perkataan 'ANGGERIK'. Harga bagi pokok yang berbunga mencecah RM180 dan ke atas. Almaklumlah, nak tunggu berbunga, mahu makan 1 tahun minimum, huahuahua!!!
Bunganya yang menyelerakan memang tahan lama. Uniknya bunga ni sebab 'Nectar Spur'nya yang panjang, memang menampakkan keunikan yang ketara. Baunya pada waktu pagi seperti wangian bunga melur.
Boleh didapati di kedai2 anggerik terpilih. Hihihiihihih.
Awal2 je terus intro pasal orkid kegemaran aku nih. Tujuan utama aku membuka blog ni adalah tak lain dan tak bukan untuk menambah ilmu pertahanan diri mengenai seni penjagaan orkid daripada para pakar yang sudah berkecimpung dalam arena pengorkidan ni secara maya demi dunia tanpa sempadan, 'borderless world'. Keduanya agar dapat menarik minat wife dan anak aku supaya turut sama berkecimpung dalam industri orkid yang menguntungkan ni.
Sapa kata tak untung? Bukan saja dapat mengurangkan duit poket, tetapi turut dapat menenangkan jiwa di samping mendapat ramai kawan daripada pelbagai umur dan bangsa. Bak kata orang putih, hanya ada dua perkara yang dapat memuaskan hati mereka 100%, seks dan orkid. Aku pun tak puas hati lagi ni. Aku mula start minat orkid tahun 1993, pergi cari sendiri di tepi hutan bawak balik, yang letih, mak aku jugak duk sibuk tanam kat rumah. Yang aku tahu, pergi hidu orkid mana yang dah berbunga.
Bila dah ada rumah sendiri, baru seronok untuk memulakan semula hobi lama yang tertangguh. Yelah, kalau isi apa2 form, tak kira atas 'paper' atau 'online' bahagian hobi je aku letak 'gardening'. walhal lama dah tinggal. tapi sebab minat, aku tuliskan jugak bagi puas hati sendiri.
The Madagascar Star Orchid
Labels:
Angraecum sesquipedale
- June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment