Dah dua hari demam selsema. Dua hari jugaklah saya MC. Ingat nak siapkan rumah orkid, tapi tenaga tak berapa nak ada, so, duk diam kat rumah ajelah. hari ni dah janji dengan wife nak upload gambar orkid. sekarang ni baru lepas pekena mi dan kopi yang sungguh beraroma di Corner Bean Cafe, menghadap Balai Polis Paka.
Curly yang tak berapa nak curly - jenis pemalu nih.
My wife yang pilihkan. Cun!!
Cantiknya bunganya - cuma raknya belum siap, terpaksa menumpang atas pagar dulu.
Arachnis yang terkini berbunga. Banyak dah adik-beradiknya jadi cutting dan berpindah ke rumah kakak dan emak.
Baru perasan pokok ni yang berada dalam salah satu daripada empat pasu arachnis. First time berbunga dalam jagaan. Entah camne bunganya.
Antara orkid yang paling lama bertahan bunganya, dan paling murah, hihiihih. tapi cantik.
bellina beli dengan kak tina, daunnya macam kipas.
Ni pun tahan lama bunganya.
catasetum ni dah berpindah semula ke rumahku, sebab siput kecik manyak suke sama (bulb ke spike baru naik, tak tahu)
Dua-dua orkid ni pun takde tempat tetap lagi, menumpang sebelah pokok lily hadiah makcik kak adik.
Orkid hutan kat bawah ni, yang Hud potong tinggal dua batang je, baru nak keluarkan kudupnya. (dah arwah dah, semut ari2 dtg ziarah)
Yang bawah ni, beli dengan kak tina, Jumaat lepas pi rumah dia, siap bawak escort lagi, mak dan bapak mertua ikut sekali. takpe ye kak Tina? hiihihih..
lawa betul orkid nih, tapi tak beli sebab kelihatan daunnya yang tak berapa nak cun (dan juga harganya yang teramatlah tingginya)
lawa betul orkid nih, tapi tak beli sebab kelihatan daunnya yang tak berapa nak cun (dan juga harganya yang teramatlah tingginya)
0 comments:
Post a Comment