Lawatan Ke Gaya Street, Kota Kinabalu

Semalam 27hb November 2011 pada pukul 9:30pagi saya singgah di Pasar Pagi di Gaya Street mencari cenderamata kenang-kenangan untuk keluarga dan sahabat. Asyik melihat keychain yang pelbagai jenis, ternampak pula peniaga yang menjual pelbagai jenis orkid daripada jenis hutan dan juga yang bandaran...
Harga orkid di sini amatlah murah berbanding di tempat saya di Terengganu.
Bunga Lily yang sungguh gedabak besar bawangnya.

Orkid hutan di atas ni dah layu dek kerana cuaca yang agak panas.
Yang ni tidak boleh dibawa balik ke Terengganu.



Sempatlah beli anak benih pokok lily setiap warna.

Orkidku Tak Terjaga

Sudah lama tidak meng'update' blog ni. Nak update pun segan, banyak orkid yang baru lepas berbunga. Hanya ini saja yang tinggal. 5hb November 2011 saya kembali ke Malaysia. Baru rancang nak rawat orkid yang kurang subur dan tambah koleksi, dapat surat kena tukar ke KL pada 9hb Nov 2011. Sedih pulak baru aje jumpa isteri dan anak-anak dah kena tinggalkan mereka. Kami baru aje beli perabot dan rancang nak bina wakaf kat depan rumah, buat lantai luar baru, sambung bumbung depan rumah untuk parking dan mengecat rumah dan pagar. 17hb Nov 2011 pula dapat berita kena ke Kota Kinabalu untuk projek baru.

Sekarang hanya mak yang menjaga orkid di rumah. Orkid beliau sendiri pun dah banyak, tambah lagi orkid saya yang dah tak seberapa.

Powered By Blogger