Balik dari Labuan Jumaat 24hb Julai 2009, keesokannya sempat jugak singgah di Agro Bazaar di Paroi. mak mertua cakap banyak orkid di sana.Apa lagi, terus capai kunci kereta, Umar lak merengek nak ikut. Capai lak car seat dia ikat sebelah.
Pergi kedai Abu kat Lenggeng ni jap, belikan Umar sebotol Vitagen oren kesukaannya, terus ke nurseri di Mantin, ikut cakap Encik tangansejuk.blogspot, kat sana banyak catasetum. Saya memang selalu ke sana, tapi tak pernah nampak lak catasetum sebab tak habis pusing ladang orkid yang luas kat situ. Tulah, malu bertanya, takdelah catasetum ikut balik. Fikir2 nak terus ke Paroi, tapi Umar macam nak tidur dah, terus pusing balik ke Lenggeng, hantar dak Umar dulu. Senang sikit lalu ikut Pantai (nama je pantai, haram takde laut kek sini, heheheh).
Memang cun catasetum nih.Buat Ms. Ina, saya telah belikannya 6 anak catasetum berlainan jenis dan 6 gambar catasetum paling atas ni adalah contoh bunganya.
Lawa betul arachnis nih, tak sempat nak beli, sebab kat tangan dah penuh dengan orkid. Tak tercapai lak tangan, sempat lagi beli bantal kekabu 4 biji = RM60.
Banyak betul orkid hutan dibawa oleh tokey nurseri dari Perak nih, sempatlah sambau satu eria flavescens (nanti sy upload pokoknya dan gambar daripada buku)
Gambar bawah ni orkid yang menang medal, nak harapkan tuannya, semua dah tak larat nak bersukan, harapkan orkid jelah dapat medal. (gurau aje)