Orkidku Berpindah Rumah

Bagi pencinta orkid, mereka pastinya akan jatuh cinta berkali-kali dengan pelbagai jenis spesis dan hibrid ini. Begitu juga saya. tapi cornu cervi selalunya membuatkan saya jatuh berkali-kali kepadanya sahaja. (Sila jangan samakan cinta untuk isteri dan anak ye!)
Semua pokok orkid saya dah berpindah sementara ke rumah mak. Makan masa setahun-setahun setengah jugaklah. Ada jugak yang baru keluar tunas bunga, tapi layu akhirnya. Sekarang ni pun hujan turun mencurah-mencurah, ada yang galak berbunga, dan ada yang mati daunnya, sebab kebanyakannya gantung kat pokok belimbing atau telinga monyet.
Orkid yang kat bawah ni adalah koleksi terpanjang spike bunganya, dalam 1.5meter. Nak keluar bunga, punyalah lambat, dan hanya orang yang terpilih saja boleh hidu baunya yang harum.
Panjang ni, susah nak ambik gambar penuh.Nampak cun je bunga yang terselit celah daun arachnis ni. Teka, bunga apakah itu?
Inilah asal bunganya.Cattleya purple ni, mak yang punya
Orange nugget ni, I yang punya. hehehehe. Bunga pun dah malu2 lepas diserang belalang.
eria flavescens ni akhirnya keluar tunas baru.. Alhamdulillah.
Ni je jenis yang tak reti2 untuk berhenti berbunga....
Yang ni jangan cakaplah, memang tak serik2..ehhehehe.
Mariposa alba ni pulak dah ada 3 cabang yang asyik berlumba-lumba berbunga. Bagus2.
Renanthera ni memang tahan lama bunganya.
Ni bunga belimbing.
25hb ni saya akan bertolak ke Turkmenistan, sama tarikh sambut menantu mertua saya di Lenggeng. Snow gloves je yang belum beli lagi, sebab last time ke Jusco Seremban, takde saiz...hehehehe.
tetrapis ni pun dah jadi buah dah.Mungkin ke Mid Valley minggu depan cari apa yang patut untuk dibawa ke sana. Mem saya lak tengah sibuk nak sediakan serunding ke ape ke untuk dibuat bekal ke sana.
Kalau ada masa blogging, insyaAllah saya akan update, mungkin takde orkid di Turkmenistan musim2 sejuk nih. Adiosss.

Powered By Blogger